Forum Serikat Mahasiswa

Forum Anak Muda :

1. 'AKTA HASUTAN' KEMANA HALA TUJU MALAYSIA?

Forum ini diadakan pada 18 Dis 2014 bertempat di AKSI (atas Kopitan), Sg Dua, Pulau Pinang. Moderator forum ialah Faizal Haramaini (YDP Kelab Sains Politik USM) dan panelis yang telah dijemput hadir ialah Adam Adli (Aktivis The BangSat), Firdaus Rahim (Wakil Pro-Mahasiswa USM), Hafiz Hafifi Hassan (Bebas) dan seorang wakil daripada Aspirasi USM. Namun pada saat akhir Faizal Haramaini dan Firdaus rahim terpaksa menarik diri akibat daripada sebab yang tidak dapat dielakkan dan diganti oleh Jefry Musa (Moderator), Ahmad Sobri Shaari (Pro M USM). Forum ini dihadiri 40 orang mahasiswa USM yang terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk Ahli Majlis Perundingan Pelajar (MPP) USM. Perbincangan mengenai Akta Hasutan ini menjadi isu hangat sehingga menjadi usul tergempar di dalam Dewan Persidangan Pelajar (DPP) USM bagi sidang 2014/2015.

2. ISLAM LIBERAL DAN PEMIKIRAN SEKULAR

Pada 6 mac 2015, Serikat Mahasiswa telah bekerjasama bersama Student Progresive Front Dan Penang Youth Development Corperation (PYDC) telah meneruskan forum anak muda dengan menjemput Ustaz Wan Ji Wan Hussin, Ahmad Taqiyuddin (YDP Iqram Siswa USM) dan Syafiq Alamsah (NYDP PMIUSM) sebagai panelis dan Hafiz Hafifi sebagai Moderator. Kehadiran peserta sekitar 60 orang terdiri daripada mahasiswa dan masyarakat setempat. Forum ini berjalan dengan lancar kerana setiap ahli panel menunjukan kematangan dalam berhujah.

3. PERHIMPUNAN JALANAN MALAYSIA, MASIH RELEVEN ATAU RAKYAT SUDAH MUAK

Pada 15 mac 2015, mereka telah mengadakan forum berkaitan dengan perhimpunan jalanan dengan menjemput Hishamuddin Rais (Tukar Tiub), Faizal Haramaini (YDP Kelab Sains Politik USM) dan Jefry Musa sebagai panelis. Forum ini lancar walaupun cuba diganggu oleh sesetengah pihak. Kehadiran peserta yang hadir sekitar 30 orang yang terdiri daripada aktivis Pulau Pinang dan mahasiswa USM diadakan di Dataran Ivory (Depan USM).

4. BICARA EKONOMI PULAU PINANG

Forum ini dianjurkan oleh Serikat Mahasiswa bersama IQRAM Siswa USM. Forum ini diadakan pada 19 Mac 2015 bertujuan untuk mendapat maklumat dan bersoal jawab secara terus bersama Timbalan Ketua Menteri Satu Pulau Pinang iaitu YB. Dato Haji Mohd Rashid Hasnon mengenai masalah ekonomi di sekitar Pulau Pinang. Program ini dijalankan secara santai di Restoran Pelita Sg Dua.

5. PERANAN AKTIVIS DALAM MEMPERTAHANKAN HAK RAKYAT

Serikat Mahasiswa dan Student Progresive Front berkerjasama untuk mengadakan satu forum bagi memepertahankan hak-hak rakyat khususnya di sekitar Pulau Pinang seperti pengusiran Peneroka di Kampung Permatang tok Subuh. Forum ini berjaya mendapatkan aktivis-aktivis mahasiswa yang terlibat dalam mendapatkan keadilan untuk peneroka kampung Chubadak, Kuala Lumpur seperti Fahmi Zainol (AMHM), Khairol Najib (PMIUM) dan Adrian Lim Chee En (Mahasiswa Ganyang). Forum ini diadakan pada 24 April 2015 di AKSI, Sg Dua.

6.Forum Melawan Pseudoscience Dalam Minda Masyarakat

Forum ini diketuai oleh mahasiswa Serikat Mahasiswa dalam bidang sains. Mereka berpendapat mahaiswa mula idlihat sebagai ejen-ejen peniagaan kapitalis yang disulami pseudoscience lihat mahasiswa sebagai pedagang Kangen Water dan Sticker Jimat Elektrik) seakan dungu mempercayai setiap yang dibaca.Atas idea membanteras pseudoscience dalam minda masyarakat dan mahasiswa,Serikat Mahasiswa bersama Siswa Sedar buka kembali pentas Dialog AKSI pencerahan alternatif mengenai Pseudoscience.Panelis ialah Muhammad Musoddiq bin Jaafar (R.A Fakulti Fizik Universiti Malaya), Dr.Iskandar Shahrim (Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Sains Fizik Universiti Sains Malaysia) dan Eqha Ibrahim (Moderator).

Berkaitan